Cotton (flannel) are soft woven
material and fluffy. It is made of 100% natural cotton. Some women with
sensitive skin may prefer cotton as it is more cooling to skin. However,
it needs more care especially when washing as you will have to use laundry net
before putting it into the washing machine for longer lifespan, it is because
cotton flannel material can be easily damage. Cotton may stain and it will need
to be soak overnight with a little amount of detergent (leaving the pads
unrinse/unwash for a long period of time may prone to stain). But the advantage
is when you soak, the pads are completely clean from inside out(between layers
on the inside) as it gives more time for the blood to dilute in the water.
Cotton pads may feel a bit damp on top when its full, so if you are looking for
a more comfortable and dry feeling on your menses, cotton is not for you.
Cotton dries slower especially on rainy days, so you will need extra stash for
backup.
Minky is made of 100% polyester.
Polyester are artificially made and it is widely used in many types of fabric
including minky. Minky has a natural texture of fur like, its super soft,
fluffy, and very cuddly. So it will be more comfortable than cotton flannel. On
the washing part, it is more easy to deal with, for an extra care you can use
the laundry net just like caring for cotton flannel, but it is not necessary.
Minky are stain resistant, so blood can be easily washed out while rinsing.
According to my experience, some customers thought that the pads are already
clean when there’s no blood anymore on top of the pads so they didn’t rinse it
thoroughly. However, the blood may still be in the between layers of organic
bamboo inside, just squeeze repeatedly while rinsing out until the water comes
out clear, only then it is clean from inside out. Minky feels dry on top so you
will need to know when you’ll need the next change as you may not feel wet even
though its full. So, if you are looking for pads that are comfortable to wear
during your heaviest day, you should try minky. Also, minky dries faster than
cotton flannel.
In
general, minky has more advantages and more expensive than cotton flannel.
However, it is very much depends on individual’s budget and preferences. Some
may prefer cotton over minky or otherwise.
Cotton (flannel) adalah kain tenunan yang lembut dan gebu. Ia diperbuat
daripada 100% kapas asli. Sesetengah wanita yang mempunyai kulit sensitif
mungkin lebih suka menggunakan ‘cotton’ kerana ia lebih sejuk pada kulit. Walaubagaimanapun, ia memerlukan penjagaan yang lebih terutamanya semasa
mencuci kerana anda perlu menggunakan net pakaian sebelum memasukkannya ke
dalam mesin basuh untuk jangka hayat yang lebih panjang, ini adalah kerana kain
‘cotton flannel’ mudah rosak. ‘Cotton’ lebih senang meninggalkan kesan degil dan ia perlu untuk direndam
semalaman dengan sedikit detergen (membiarkan pad yang tidak dibilas / dibasuh
untuk tempoh masa yang panjang lebih senang untuk meninggalkan kesan
degil). Tetapi kelebihannya adalah apabila direndam, pad akan benar-benar
bersih secara keseluruhannya (di antara lapisan-lapisan dalam) kerana ia
memberikan lebih banyak masa untuk darah cair dan keluar dengan
sendiri. Permukaan pad ‘cotton’ mungkin akan terasa lembap sedikit apabila penuh, jadi jika anda mahu
rasa lebih selesa dan kering pada waktu datang bulan, ‘cotton’ mungkin kurang sesuai untuk anda. ’Cotton’ kering agak lambat terutamanya pada hari hujan, jadi anda perlu ada
simpanan pad yang lebih.


Minky diperbuat
daripada 100% poliester. Poliester dibuat secara tiruan dan ia digunakan secara
meluas dalam pelbagai jenis kain termasuk minky. Minky mempunyai tekstur
asli seperti bulu haiwan, sangat lembut dan gebu. Oleh itu, ia lebih
selesa daripada ‘cotton flannel’. Membasuh pula,
ia lebih mudah untuk dijaga, untuk penjagaan tambahan, anda boleh menggunakan
net pakaian ataupun sebaliknya. Minky tidak meninggalkan kesan degil, jadi
darah dengan mudah akan tanggal semasa dibilas. Menurut pengalaman kami,
sesetengah pelanggan memikirkan bahawa pad tersebut sudah bersih apabila tiada
lagi darah di atas pad, jadi mereka tidak mencuci dengan
sebersihnya. Walaubagaimanapun, darah masih ada di antara lapisan dalam ‘organic bamboo’, untuk memastikan pad bersih. Untuk
memastikan pad bersih secara keseluruhan, ia perlu diperah berulang kali semasa
membilas sehingga air jernih keluar. Permukaan minky terasa kering jadi anda
perlu tahu/agak bila anda perlu menukarkan pad yang baru kerana anda mungkin
tidak merasa basah walaupun ia penuh. Jika anda mencari pad yang selesa
untuk dipakai semasa darah haid yang banyak, anda perlu mencuba
minky. Minky juga kering lebih cepat daripada ‘cotton flannel’.
Pada asasnya, lebih banyak kelebihan yang
ada pada ‘Minky’ berbanding ‘Cotton’ tetapi Minky lebih mahal. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada bajet dan pilihan utama
seseorang. Sesetengah orang mungkin lebih suka ‘Cotton’ dari ‘Minky atau sebaliknya.