Thursday, September 12, 2013

Jadual Pemakanan Vitamin


Jadual dan Masa Yang Sesuai Makan Vitamin



Persoalan yang sering ditanya oleh pengguna Shaklee terutama yang baru mengambilnya, atau baru menambah vitamin adalah ‘bila waktu yang sesuai nak makan vitamin?”

Sebelum makan ke, selepas makan ke, pagi ke, tengah hari ke, petang ke, malam ke…
Secara amnya..

Masa sesuai makan vitamin
1. Ambil vitamin selepas makan kerana penyerapan vitamin lebih baik jika diambil bersama makanan.
2. Vitamin sustained released bagus diambil bersama makanan kerana nutriennya dilepaskan perlahan-lahan. Makanan membantu fungsi sustained released tersebut.
3. Vitamin dan mineral terbaik diambil bersama2 untuk penyerapan optimum.

Jadual ringkas makan vitamin untuk penyerapan terbaik
Kalsium lebih baik diambil bersama makanan. Namun tak salah nak ambil dos yang besar sebelum tidur.
Magnesium sebelum tidur.
Zinc diambil bersama makanan, kurang makanan boleh menyebabkan loya.
B Complex terbaik diambil waktu pagi untuk keberkesanan unggul.
Vitamin C terbaik diambil selepas makan pagi (asid askorbik dikhuaitiri menyebabkan sakit perut). Ambil Vitamin C waktu pagi sebagai persediaan menghadapi radikal bebas.
Tiada masa yang tetap untuk menelan vitamin. Cuma pastikan jangan telan bersama-sama:
Ostematrix vs Vitalea
Alfalfa vs Vita E
Selamat mengamalkan vitamin sihat secara sihat!



Tips Berpantang : Petua Ketika Berpantang

Petua ketika Berpantang


Jom la baca petua ketika berpantang. Semoga bermanfaat ye:

Menghilangkan Rasa Pening Kepala

Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, selain dari rasa letih dan lesu mereka juga rasa kepala mereka pening dan berat. Jika berambut panjang bolehlah anda mendandan rambut anda dengan rapi dan mengikat kuat rambut anda itu dengan getah pengikat rambut, biarkan rambut anda tegang.


Dandanan ini akan menegangkan muka anda selain dari itu boleh menghindarkan dari sakit kepala dan terkena penyakit angin meroyan (penyakit jiwa bagi ibu-ibu yang baru bersalin. Oleh itu ikatlah rambut anda selama dalam pantang 44 hari bagi orang-orang Melayu.


Selain itu, anda juga boleh mencuba petua ini, ambil tiga biji limau kasturi, atau limau nipis, belah dua, airnya jaramkan pada kulit kepala anda, biarkan air limau itu kering di kulit kepala anda. Setelah itu barulah anda mencucinya dengan air sejuk. Lakukan cara ini sebelum mandi pagi.


Menghilangkan Gatal-Gatal Pada Vagina Selepas Melahirkan Anak

Selain daripada kebersihan badan, ibu patut juga tahu menjaga kebersihan vagina supaya cepat sembuh dan jangan dijangkiti kuman.


Caranya, ambil 7 helai daun sirih, bersihkan daun tersebut dan rebus dengan 2 gelas air. Campurkan dengan sedikit perahan air asam jawa, rebus bahan-bahan itu sehingga mendidih. Gunakan untuk membasuh vagina bilarebusan itutelah sejuk. Lakukan setiap hari sehingga luka-luka pada vagina sembuh.


Menghilangkan Sakit Buah Dada Ketika Dalam Pantang

Adakalanya ibu yang baru melahirkan akan mendapat demam kerana buah dadanya mengeras. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan mencari sarang tebuan tanah, campurkan dengan asam jawa dan basahkan dengan sedikit air. Setelah itu sapukan pada buah dada yang sedang mengeras,sapukan beberapa kali hingga buah dada anda tidak sakit lagi.

Rasa Lemah Badan Selepas Bersalin

Bagi ibu yang berasa lemah badan selepas bersalin dan rasa lemah itu terlalu sukar untuk dipulihkan, anda hendaklah makan sup daging bercampur sedikit halia setiap hari, tambahkan sedikit lada hitam di dalam sup tersebut.


Sup ini hendaklah dimakan setiap pagi sebagai menggantikan sarapan pagi. Amalkan makan sup ini selama sebulan. Selain dari itu, tambahkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu anda. Anda akan bertambah sihat setelah mengamalkan diet itu.


Mengatasi Peranakan Turun Dan Salah Tempat

Pekerjaan yang terlalu banyak dan berat, mengangkat barang-barang yang berat akan menyebabkan peranakan anda menjadi lemah dan mudah turun.

Untuk mengatasi masalah ini hendaklah anda mengikat perut bahagian bawah dengan kuat dengan tali pinggang dari kain, tujuannya biar perut anda tidak mudah bergoyang. Selain dari itu amalkanlah berendam dalam air mandian yang panas-panas suam setiap hari selama setengah jam, lakukan rawatan ini sehingga kesihatan anda pulih.

Selain itu, ibu-ibu yang mempunyai peranakan yang lemah akan mengalami peranakan yang salah tempat, setelah mereka melahirkan anak. Tanda-tandanya anda mungkin berasa tidak selesa dan sering buang air kecil. Untuk mengatasi masalah ini anda hendaklah melakukan senaman ringan.

Caranya, dengan berurut, atau berbaring dengan menaikkan kedua kaki anda condong ke dinding. Lakukan cara ini setiap pagi dan petang. Sehingga anda berasa sembuh.

Mengatasi Sakit Angin Semasa Dalam Pantang

Petua mengatasinya dengan minum air halia yang direbus dengan sedikit gula. Ambil sepotong halia sebesar ibu jari, tumbuk halia tersebut hingga halus, rebus dengan dua gelas air hingga mendidih, sejukkan dan minum dua kali sehari pagi dan petang. Amalkan selama dua hari hasilnya tentu memuaskan.


Badan Terasa Seram Sejuk Semasa Dalam Pantang

Semasa dalam pantang anda mungkin mengalami rasa seram sejuk secara tiba-tiba kepala pening. Ini dikatakan bentan, untuk mengatasinya anda hendaklah berehat secepat mungkin,minum segelas kopi panas atau air panas bercampur gula sebanyak satu gelas, sapu ibu kaki dengan hirisan bawang merah. Selimutlah dengan selimut tebal sehingga anda berpeluh.

Semasa dalam pantang elakkan memakan makanan yang berbisa seperti rebung, nenas, buah-buahan tempatan seperti rambutan, langsat, manggis dan sebagainya.

Bentan yang teruk boleh menyebabkan rabun mata dan lemah badan. Oleh itu, ibu-ibu semasa dalam pantang hendaklah menjaga pemakanan dengan betul dan rehat dengan cukup untuk menghindarkan bentan.



Tips Berpantang : Pantang Larang semasa Pantang

Pantang Larang semasa Pantang

Satu harini asyik update mengenai pantang selepas bersalin sebab utama adalah ramai sangat yang bertanyakan tentang set berpantang shaklee, saya doakan semua ibu2 yang akan berpantang akan berpantang dengan jayanya. Tu yang teruja sangat nak sharing info mengenai pantang. Khas untuk ibu yang bakal berpantang ye. Walaupun mood raya tapi masih ramai yang bertanya tentang set pantang yang ditawarkan.. terbaik dengan vitamin shaklee..

Jom la baca pantang larang semasa berpantang ye. Semoga bermanfaat ye::



Dilarang Tidur Tidak Berbantal

Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.



Memakai Sarung Kaki (Stokin)

Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

Jangan Duduk Mencangkung

Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

Mandi Duduk Di Bangku

Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

Rapatkan Kaki Bila Tidur

Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

Jangan Terlalu Aktif

Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

Jangan Makan Ubi-Ubian

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik

Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

Jangan Tidur Waktu Senja

Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja

Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk

Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

Pantang 100 Hari

Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.

Cara Mandi

Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.

Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.

Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

Cara Berbaring / Tidur

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang

Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu0ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.

Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.

Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.

Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.

Buah anggur, berkhasiat panas
, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.

Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.


Tanda² Hampir Bersalin

TANDA-TANDA HAMPIR BERSALIN 

 

Jangan ambil remeh tau jika tanda-tanda berikut sudah menunjukkan diri masing-masing. Itu tandanya bayi anda sudah bersedia untuk berjumpa dengan ibu dan ayah mereka.

(1) Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
(2) Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula terbuka. Lendir yang kadangkala bercampur dengan darah. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

(3) Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda semasa anda berbaring mengiring.

(4) Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Dan ia selalunya tidak menyakitkan. Segera ke hospital. Terdapat 2 situasi pecah air ketuban yang biasanya terjadi :
  • Pecah dan keluar air dengan banyaknya pada satu masa. Macam air paip bocor..:) Memang lencunlah. Selalunya bila keadaan ini terjadi, segeralah ke hospital tanpa berlengah lagi. Itu tandanya kepala bayi anda sudah menolak "ke bawah" dan mengoyakkan selaput yang melindungi bayi & cecair amnion. Anda sudah bersedia untuk melahirkan pada bila-bila masa sahaja.
  • Air turun sedikit demi sedikit. Kadangkala ada ibu-ibu yang tidak perasan bahawa air yang keluar itu adalah air ketuban. Keadaan ini agak berbahaya kerana sekiranya air ketuban sudah berkurangan, ini boleh mengakibatkan bayi anda berisiko utk "lemas" dan menyebabkan kecacatan selepas kelahiran. Nauzubillah.
Jadi pesanan saya buat ibu-ibu yang sedang menantikan saat utk melahirkan, sila perhatikan tanda-tanda di atas dan segeralah ke hospital.

Saya doakan ibu-ibu selamat melalui detik pengalaman yang sangat berharga untuk melahirkan cita hati anda dan suami ke dunia ini. Amin!

Sumber:- http://mcna-health.blogspot.com/2012/05/tanda-tanda-hampir-bersalin.html

Bahaya Air Masak Pada Bayi Bawah 6 Bulan


Walaupun dah berkali-kali di ingatkan jangan beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pada bayi mereka.

Antara sebab desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula. 

Semoga info-info ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran 
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran. 

Merencatkan Akal 
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan 'kernicterus' iaitu Terencat Akal'. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya. 

Mengancam Nyawa 
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan. 

Mengakibatkan Sawan Tarik 
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil 'Oral Water intoxication'. 

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya. 

Sumber: 
P/S: Jom sebarkan jika anda rasa artikel ini bermanfaat.


PENAFIAN: Artikel yang disiarkan didalam blog ini adalah sekadar rujukan / panduan sahaja. Pembaca dinasihatkan agar merujuk dengan pihak yang bertauliah dan terlatih dalam bidang berkenaan sebelum mempraktikannya. Sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini adalah atas risiko dan tanggungan pembaca sendiri.

Sunday, September 8, 2013

Tips Elakkan Bayi Sakit Kuning pada Bayi





Tips Elakkan Bayi Sakit Kuning

SAKIT KUNING PADA BAYI

Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

Alhamdulillah, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena. 

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.


Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning. 


Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.
Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.
Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.
Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.
Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.
Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.
Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.




Remind Me

Untuk Anak Bijak & Soleh
Hidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dengan bantuan reminder yang menarik di rumah anda. Setiap reminder mengandungi doa dan adab mengikut Sunnah Nabi.


UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

  1. Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis). 
  2. Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran) 
  3. Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.
  4. Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
  5. Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.
  6. Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
  7. Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.
* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)



BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :
  1. Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. 
  2. Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.
  3. Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.
  4. Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah).
  5. Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan).



Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.


Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.


InsyaALLAH Tohour.


Wassalam.



Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus

PENAFIAN: Artikel yang disiarkan didalam blog ini adalah sekadar rujukan / panduan sahaja. Pembaca dinasihatkan agar merujuk dengan pihak yang bertauliah dan terlatih dalam bidang berkenaan sebelum mempraktikannya. Sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini adalah atas risiko dan tanggungan pembaca sendiri.

P/S: Jom sebarkan jika anda rasa artikel ini bermanfaat.

Rujukan:-
http://mamapeduli.blogspot.com/2013/07/tips-elakkan-bayi-sakit-kuning.html