Satu
harini asyik update mengenai pantang selepas bersalin sebab utama
adalah ramai sangat yang bertanyakan tentang set berpantang shaklee,
saya doakan semua ibu2 yang akan berpantang akan berpantang dengan
jayanya. Tu yang teruja sangat nak sharing info mengenai
pantang. Khas untuk ibu yang bakal berpantang ye. Walaupun mood raya tapi masih ramai yang bertanya tentang set pantang yang ditawarkan.. terbaik dengan vitamin shaklee..
Jom la baca pantang larang semasa berpantang ye. Semoga bermanfaat ye::
Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam
pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor
sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan
kepada ibu yang masih lemah.
Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika
angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi
lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan
ibu.
Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan
rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan
ibu-ibu tumpah darah.
Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga
kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak
mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam
keadaan lemah.
Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.
Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur
selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan
bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah
hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis
ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh
mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit
perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh
berjangkit kepada anak.
Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini
boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik
ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.
Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di
waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin
fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan
penyakit gila.
Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan
keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat
mengalami rabun sebelum tua.
Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini
syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah
fizikal dan mentalnya.
Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak
terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu
pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan
kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan
ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.
Cara Mandi
Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk
mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan
hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung
kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.
Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna
menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air
suam kuku dengan air rebusan daun-daun.
Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi
pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama
seminggu.
Cara Berbaring / Tidur
Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah
dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi
adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik
ke kepala.
Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang
Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup
nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann
ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut
adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk
mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga
peranakan biar tetap baik.
Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu0ibu selama dalam pantang
supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini
pagi dan petang selama sebulan.
Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam
pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa
sihat dan segar.
Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang,
bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam
perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama
sebulan.
Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik
untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.
Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini
boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.
Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang
dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam
pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.
Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia
mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan
bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk
merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.
Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.
Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak
boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran
sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.
Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau
dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang
kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh
menyebabkan bentan dan turun darah.